sekarang, cuba ingat2 balik pernah tak anda perhatikan orang disekeliling anda?. kalau anda perasan, ada jenis manusia yang bila dia berbicara, cakapnya paaaaaaanjang, tp mcm kurang kena point2 dia. terasa mcm perkataan2 yg keluar tu seperti kosong dan tak berisi. the worst case is, kita pun tak tahu nak respon apa sbb tak make sense langsung. kita cuba untuk fokus. tapi tak dapat2 tangkap apa yang dia nak cakap. in the other hand, ada pula jenis manusia, yg diaaaaaam je. tapi once kalau dia bukak mulut, point dia begitu padu, sentap, mantap! pemilihan perkataan yg dia gunakan pula begitu tepat, seolah2 sudah ade perancangan yg rapi. lalu kita cukup puas mendengar kata2nya.
kenapa ye?
dalam Psychology, para pengkaji mendapati bhw manusia boleh bercakap sebanyak lebih kurang 140 perkataan melalui mulut dalam masa satu minit. sedangkan, manusia boleh bercakap sebanyak lebih kurang 500 perkataan dalam otaknya dalam masa satu minit! nampak permainan dia?
bila ada satu isu yg kita berlaku, kita akan bercakap sama ada menggunakan otak atau mulut. yg uniknya, bila kita bercakap gunakan otak, kita akan pusing lebih jauh dalam satu minit berbanding bercakap.
kalau kita perasan, kebanyakan orang yg bijak, bila ditanya pendapatnya, dia akan ambil masa sedikit untuk menjawab. ini kerana beliau akan memilih point2 yang terbaik yg berlegar pantas dalam otaknya. beliau juga akan memilih perkataan2 yang terbaik dari ratusan perkataan yang terpampang dalam otaknya. berbeza pula dengan orang yg biasa2, soalan tak habis pun dah mula potpet potpet menjawab. kadang2 memalukan juga kan?
sebab itu, dalam islam, kita diajar untuk bercakap yang baik sahaja, atau diam:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam" - riwayat Bukhari
tambahan, kalau banyak cakap tanpa fikir betul2, menambah kejelekkan ada la.
“Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya.” (Hadis riwayat Baihaqi)
PST : kita bukan diminta untuk diam. cakaplah banyak2, asalkan yang baik2. selain itu, lebih baik diam.
mohon teguran pakar.

No comments:
Post a Comment