Tuesday, 25 March 2014

Tadabbur Psychology #3

kali ini, sy tidak quote mane2 theory dlm psych. tp berdasarkan obervation peribadi saya terhadap cara manusia react towards satu isu.

dalam isu kapal terbang ni, ada tak yg boleh kita kaitkan untuk mendekatkan manusia dengan Allah selain daripada point zikrul maut. saya rasa ada yg boleh kita taddaburi :

Manusia tu memang sifatnya lemah! mereka tidak mampu percaya pada perkara yang tak boleh masuk dalam kepala mereka. hal ini termasuklah benda ghaib. Otak manusia tak mampu fikir perkara ghaib. 
melainkan yg beriman. selain dari manusia yg beriman, mereka sebolehnya menggunakan logik akal untuk semua perkara. dalam al baqarah muka surat kedua, Allah dah cakap orang yg mendapat petunjuk tu adalah orang yg percaya kpd benda ghaib. 

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Baqarah:3)


1) berkaitan dengan kapal terbang yg hilang, ramai orang berspekulasi dengan hujjah2 fizik, gambaran2 aerodynamic, fakta2 sejarah aircrash dan lain2. dicelah2 itu, ada juga yg terfikir,mungkin juga literally hilang atau disorokkan oleh makhluq lain. lalu mereka dikritik, "logik ke? tak logik ok.".. hmm. cuba ingat kembali, kisah Sulaiman dan singgahsana yg diterbangkan.

berikut adalah mafhum dialog yang saya garabkan dari quran:

Nabi Sulaiman : Siapa bisa alihkan singgahsana Balqis itu kemari? 

Ifrit (jin) : Saya bisa. saya bisa mengalihkannya sebelum kamu sempat berdiri dari tempat dudukmu     wahai Sualaiman.


Lelaki (pemilik ilmu kitab) : aku pula bisa mengalihkannya sebelum engkau sempat mengerdipkan mata, wahai Sulaiman!

maka, terbanglah istana itu dihadapan Sulaiman. setibanya Balqis keteratak Sulaiman, maka berkata sulaiman.

Nabi sulaiman : Serupa inikah istana mu?
Balqis: Iya, seakan2 inilah istanaku. bersaksilah, "walunna muslimin"


Jadi sekarang, logikkah boleh main terbang2. sekelip mata pula tu. ha, nak percaya? quran ni! manusia tidak akan mempercayainya, melainkan mereka beriman.




2) rentetan kehilangan kapal terbang, ada yg point out ttg kapal terbang indonesia yg hilang selama 35 tahun, lalu muncul semula dan mendarat. setibanya di lapangan, kelihatan kapal terbang itu memang jenis kapal terbang yg lama. penumpang pesawat itu pula kelihatan kurus belaka. lalu timbul kritikan viewer seperti ini "tak logik langsung, selama 35 tahun terbang, mesti makanan dah habis..tak mati ke penumpang?". nah, sekali lagi, logik. sudah lupakah kita pada kisah pemuda kahfi yg tidur selama ratusan tahun. tak mati kelaparan ke? logikkah? cuba cek balik surah Kahfi, surah ke 28.


oleh sebab itulah, manusia ini saaangat perlu kepada manual hidup. perlu sistem2 yang mampu memimpin manusia. perlu sokongan dari pencipta dia. sebab kita mmg diciptakan lemah. maka kembalilah kepada Allah secepatnya, wahai manusia yang lemah!

peringatan : saya tak berpihak kepada mana2 spekulasi. cuma mencari ruang, untuk bawa fikrah alquran. isu panas ni. selagi tiada keputusan dan manusia masih rancak bercerita ttg MH370, maklumat terbaru tentang apa yg sebenarnya berlaku, why not kita cucuk2 sikit?

----------

itu adalah kisah tenang manusia yang tak bisa menerima berkara yang tak logik, sedangkan ianya berlaku. contoh lain, cuba anda fahami ayat ini:

ayat 1:
"kemalangan jalan raya itu berlaku bukan pada pukul tiga, bukan sebelum pukul tiga, bukan selapas pukul tiga, tapi kemalangan itu berlaku. ia diluar kerangka masa"

ayat 2:
"kemalangan itu bukan berlaku di bumi, dan bukan jag berlaku diluar bumi. tapi kemalangan itu berlaku. ia diluar kerangka ruang"

boleh masuk tak ayat2 ni ? begitulah Allah, dia tiada di ruang masa, dan di luat ruang waktu.

--------

saya tambah perisa, untuk katakan bahawa manusia ni lemah, mereka tak mampu terima benda yang tak mampu diterima oleh otaknya.

anda pasti pernah lihat gamba ini :


(garisan mana lebih panjang. jawapan : sama panjang)



(garisan-garisan itu lurus atau bengkok. jwapan : bengkok)

kita dah tau jawapan bagi kedua2nya, tapi masih susah nak terima. sebab otak tak bisa terima yang garis itu sama panjang dan lurus.  

tak puas hati lagi?


(mana atas mana bawah?)

 (siapa lagi besar : sama besar)
 (tingkat mana paling tinggi, dan mana paling rendah)


No comments:

Post a Comment