Tadabbur Psychology #1
Terdapat pelbagai cara yang menyebabkan pendirian seseorang manusia itu boleh berubah. dalam subjek social psychology, Petty and Cacioppo (1981) telah mencadangan ada 2 cara utama iaitu : Central route dan Peripheral route.
CENTRAL ROUTE
ia adalah pujukkan yang didasari oleh keFAHAMan terhadap arguments dan facts. maklumat diproses dan dihadam oleh pendengar. sebagai contoh: selepas mendengar perdebatan antara dua parti politik, kita memilih satu pihak untuk diundi kerana hujahnya lebih kukuh dan lebih memuaskan.
kesan pujukkan : perubahan pendirian akan lebih kekal lama dan pendengar akan lebih yakin dalam perubahan pendirian itu.
PERIPHERAL ROUTE
ia adalah pujukkan yg tidak didasari oleh arguments dan facts. sebagai contoh, selepas mendengar perdebatan antara dua parti politik, kita memilih satu pihak untuk diundi kerana kelantangan suaranya, keyakinannya dalam berucap, nada yg menyebabkan adrenalin kita meningkat tinggi, wajah yg hensem, pakaian yang kemas dannn lain2.
kesan pujukkan : perubahan pendirian yg sangat drastik, TAPI laju juga dia pendiriannya menghilang. tidak begitu yakin dengan pendirian yg baru itu. ini kerana pendiriannya hanya berdiri diatas semangat/perasaan. bila semangat/perasaan meluntur pendiriannya juga meluntur.
ibrah:
dalam membina manusia kearah addeen ini, central route harus diberikan perhatian.. apa yg perlu ditanamkan adalah kefahaman yg kukuh dengan hujjah dan dalil yg kukuh. kerana kefahamanlah yg bisa menyebabkan seseorang itu tegar dan mempu bertahan dalam ad-deen ini. ini yang harus kita prioritikan
sebaliknya, jika kita terlalu memberi perhatian kepada nada dan intonasi dalam ceramah@tazkirah, atau terlalu mementingkan lagu2 haraki yg sememangnya menaikkan adrenalin, atau terlalu fokus pada penampilan ketika berdakwah, hiburan dan lain2 sehingga mengaibakan aspek kefahaman, maka hasilnya mad'u mungkin akan begitu semangat, tapi ia mudah pudar.
sebab itu, hasan al-banna (seorang alim dlm addeen) meletakkan al-fahmu sebagai rukun baiah yg pertama.
hadith berkaitan faham:
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM” sohih bukhari
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya keFAHAMan dalam Ad-Din” sohih bukhari dan muslim
harapan nabi musa :
"Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku,
kenapa nabi musa mengharap agar Allah lepaskan kekauan pada lidahnya?
agar mereka FAHAM perkataanku." Qs Thaaha 20 : 25 - 28
No comments:
Post a Comment